Apakah faktor yang mendorong mereka berkelakuan sedemikian? Faktor yang paling rapat dengan gejala ini adalah pengabaian keluarga dalam menangani masalah ini. Mengikut kajian statistik yang terbaru, lima puluh peratus punca gejala sosial adalah keluarga yang tidak bahagia. Patutkah kita persalahkan orang lain? Tidak, kita tidak sedar bahawa punca kepada masalah ini datang daripada orang yang rapat dengan kita. Oleh itu, keluarga perlu berganding bahu dalam menangani masalah gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja. Namun, apakah peranan keluarga bagi menangani masalah ini?