Drama Hemodialisis mengisahkan Abah yang sakit tetapi enggan mendapatkan rawatan terutama daripada anaknya sendiri Dr. Afif. Abah tidak mahu menyusahkan ahli keluarganya dan lebih selesa berada di rumah. Abah menganggap dia akan mati tanpa mahu berusaha mengubati penyakitnya. Abah cuba dipujuk oleh cucunya, Nabilah tetapi gagal. Abah dibawa ke klinik secara paksa. Setelah empat jam, abah pulang bersama-sama mesin hemodialisis yang dikendalikan sendiri.
Abah berasa tidak selesa dengan mesin itu. Dr. Afif menerangkan tindakannya memaksa abah ke klinik dan merawatnya kerana ingin membalas budi dan mahu abah terus hidup. Abah dikunjungi oleh Fatin Atiqah dan teman lelakinya Saufi. Fatin Atiqah menyampaikan berita bahawa dia telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaannya. Abah yang terlalu gembira telah terlucut wayar mesin hemodialisisnya. Keadaan menjadi cemas. Abah berjaya diselamatkan oleh Dr. Afif.
Tema
Kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.
Persoalan
1. Persoalan hubungan kekeluargaan yang erat/mesra.
2. Persoalan tentang tugas dan tanggungjawab doktor.
3. Persoalan menyerah diri/mengharapkan kematian apabila sakit.
Watak dan Perwatakan
Abah
Ø Berusia 63 tahun. Mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak – Dr. Afif, Fiqri dan Fatin Atiqah. Menantu - Zarina dan cucu - Nabilah.
Ø Menghidap penyakit buah pinggang - terpaksa menggunakan mesin hemodialisis.
Ø Seorang penulis yang hebat – diakui oleh Dr. Afif.
Ø Seorang yang tidak mahu menyusahkan anak-anak – tak bagi mama menelefon anak-anak.
Ø Seorang yang bersifat penyayang, tegas – mendidik anak-anak sehingga berjaya.
Ø Tidak mementingkan diri sendiri – tidak mengambil kesempatan walaupun anaknya seorang doktor.
Ø Seorang yang suka bergurau.
Dr. Afif
Ø Bijak - doktor pakar.
Ø Penyayang - ambil berat tentang keluarga.
Ø Mengenang jasa orang tua – menyanjung tinggi pengorbanan abahnya.
Ø Cekap bekerja.
Ø Pantas bertindak apabila mendapat panggilan daripada mama.
Ø Berkorban untuk bapanya - memberi mesin hemodialisis di kliniknya untuk abah.
Mama
Ø Isteri yang penyayang.
Ø Ambil berat akan keluarganya.
Ø Patuh dan taat akan suaminya.
Ø Suka bergurau. Sabar - walaupun kena marah.
Ø Cepat bertindak - tidak mudah panik (abah pengsan).
Fatin Atiqah
Ø Bijak - pelajar cemerlang di universiti.
Ø Sayang akan bapanya - ambil berat.
Ø Cepat panik -terus balik apabila mendapat panggilan daripada mama.
Nabilah
Ø Cucu abah.
Ø Anak Dr. Afif dan Zarina.
Ø Penyayang.
Ø Cakap lepas.
Plot
Teknik plot dan pembinaan plot
Plot drama Hemodialisis adalah mengikut kronologi.
Permulaan cerita
Abah sakit perut dan mama mencadangkan supaya memanggil Dr. Afif di klinik. Hasrat mama ditentang oleh abah.
Perkembangan cerita
Abah pengsan. Dr. Afif datang ke rumah dan memujuk abah supaya ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Konflik abah bertambah apabila Nabilah datang memujuk abah dan Dr. Leong datang membawa kerusi roda. Abah dibawa ke klinik secara paksa. Abah pulang dengan mesin hemodialisis. Abah masih tidak berpuas hati dan berhujah dengan Dr. Afif.
Klimaks
Wayar mesin hemodialisis Abah tercabut.
Peleraian cerita
Abah diselamatkan oleh Dr. Afif.
Latar
Masa
Ø Siang hari.
Ø Waktu pagi.
Tempat
Ø Ruang tamu rumah Abah.
Masyarakat
Ø Golongan tua yang sakit enggan mendapatkan rawatan.
Ø Masyarakat yang berpendidikan / berpelajaran.
Ø Masyarakat yang mengutamakan / memikirkan kepentingan
Ø Masyarakat yang hanya berserah kepada takdir- tua,sakit-mati.
Gaya Bahasa
1. Sinkope
Contoh: nak (hendak), ni (ini), dah (sudah), tak (sudah), tu (itu)
2. Sajak
Contoh: m/s: 27
3. Bahasa Inggeris
Contoh: I am a doctor, and I want to be your doctor. I promise to be your good doctor. (m/s 8)
Nilai
1. Nilai kasih sayang
Contoh: Kasih sayang anak-anak terhadap bapa yang sakit.
2. Nilai hormat menghormati
Contoh: Dr. Afif tetap menghormati abahnya.
3. Nilai menghargai jasa
Contoh: Dr. Afif amat menghargai jasa abahnya.
4. Nilai prihatin
Contoh: Mama amat prihatin terhadap kesakitan yang dideritai oleh suaminya.
5. Nilai kesabaran
Contoh: Dr. Afif tetap bersabar dengan karenah bapanya yang tidak mahu ke kliniknya untuk berubat.
6. Nilai menghargai ilmu
Contoh: Fatin Atiqah belajar di salah sebuah universiti dan telah lulus dengan cemerlang.
Pengajaran
1. Kita perlu menyayangi setiap ahli keluarga.
2. Kita mesti menghormati orang yang lebih tua dan berpengetahuan daripada kita.
3. Kita perlu menghargai jasa kedua-dua ibu bapa yang telah mendidik kita.
4. Kita harus mengambil berat akan masalah yang dialami oleh orang lain.
5. Kita perlu bersabar untuk mengelakkan persengketaan.
6. Kita perlu bersabar menghadapi karenah orang tua.
7. Kita harus menghargai ilmu yang dimiliki oleh seseorang / Kita perlu menuntut ilmu sepanjang hayat.