Ibu bapa hendaklah menasihati dan mendidik anak-anak sejak dari akar ambil lagi seperti kata-kata pepatah 'melentur buluh biar dan rebungnya'. Didikan yang sempurna dan diterapkan nilai-nilai murni dan keagamaan sejak kecil mampu melahirkan anak-anak berakhlak mulia dan menghargai jasa-jasa yang ibu bapa mereka taburkan selama ini.
Hal ini selaras dengan pendapat seorang profesor dalam bidang sosiologi dari Universiti Oxford yang mengatakan bahawa didikan ibu bapa yang sempurna mampu melahirkan generasi pada mass akan datang Yang boleh menggoncong dunia. Perkara ini dikuatkan lagi dengan kata-kata Profesor Diraja Ungku Aziz, ibu bapa merupakan guru pertama anak-anak , manakala rumah merupakan universiti pertama bagi anak-anak