Dedahkan/paparkan maklumat individu / perniagaan anda di setiap laman sesawang / blog / media sosial
Ini termasuklah no pendaftaran perniagaan (jika ada)
Maklumat perhubungan seperti no telefon / alamat e-mel / alamat fizikal individu / perniagaan
Harga penuh (termasuk semua kos yang terlibat jika ada)
Polisi & kaedah pembayaran
Polisi & kaedah penghantaran dan pemulangan
Terma-terma dan sebarang syarat atas urusan jual-beli.
Ada kemudahan kepada pelanggan untuk memperbetulkan sebarang kesilapan semasa proses pembelian dan membuat pengesahan.
Dengan kadar segera menghantar pengesahan penerimaan pesanan.
Bagi operator pasar dalam talian (marketplace), adalah menjadi keperluan menyimpan dan selanggara maklumat semua peniaga ‘online’ selama dua tahun.