Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai
Ceper ialah sungai yang jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang, panjang dan berlikuliku,
samalah seperti ibu yang sentiasa aktif melakukan aktiviti bersawah. Pada waktu malam,
Sungai Ceper masih cergas tetapi ibu tidak. Pada sebelah malam, ibu berehat dan esoknya
kembali cergas.
Pada suatu hari, Sungai Ceper melimpah kerana hujan turun di hulu. Airnya likat dan
melimpah menyebabkan sawah padi musnah. Pada tahun itu, semua penduduk kampung
makan ubi gadung kerana padi musnah. Selepas Ceper melimpahkan air, tiba pula musim
kemarau. Sungai Ceper menjadi cetek, ikan mati, air sungai busuk dan sawah kering sehingga
menyebabkan ibu menggunakan telaga sebagai sumber. Keadaan ini ialah keadaan 40 tahun
yang lalu, iaitu semasa aku masih anak teruna dan ibu masih muda.
Kini, ibu dan ayah tiada lagi. Aku pula sudah bercucu. Sungai Ceper masih wujud tetapi
sudah mula berubah sejak ibu terjatuh, lalu lumpuh kerana terpijak tunggul lama iaitu sepuluh
tahun sebelum ibu meninggal. Pada masa itulah, keluarga aku menderita dan aku berkahwin
dengan gadis di kampung itu. Bapa pula sudah tidak gila burung lagi sebaliknya dia hanya
menjaga cucu dan menjaga ibu.
Ceper kini berbau busuk kerana menjadi tempat pembuangan sampah. Airnya mengalir
lesu bersama-sama sampah sarap yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam sungai itu. Aku dan
isteri telah tua dan kini duduk di rumah menjaga cucu. Pada masa ini, Ceper telah mati dan
tidak berfungsi lagi walaupun masih wujud, tidak seperti ibu yang telah tiada di dunia ini.
Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. SungaiCeper ialah sungai yang jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang, panjang dan berlikuliku,samalah seperti ibu yang sentiasa aktif melakukan aktiviti bersawah. Pada waktu malam,Sungai Ceper masih cergas tetapi ibu tidak. Pada sebelah malam, ibu berehat dan esoknyakembali cergas.Pada suatu hari, Sungai Ceper melimpah kerana hujan turun di hulu. Airnya likat danmelimpah menyebabkan sawah padi musnah. Pada tahun itu, semua penduduk kampungmakan ubi gadung kerana padi musnah. Selepas Ceper melimpahkan air, tiba pula musimkemarau. Sungai Ceper menjadi cetek, ikan mati, air sungai busuk dan sawah kering sehinggamenyebabkan ibu menggunakan telaga sebagai sumber. Keadaan ini ialah keadaan 40 tahunyang lalu, iaitu semasa aku masih anak teruna dan ibu masih muda.Kini, ibu dan ayah tiada lagi. Aku pula sudah bercucu. Sungai Ceper masih wujud tetapisudah mula berubah sejak ibu terjatuh, lalu lumpuh kerana terpijak tunggul lama iaitu sepuluhtahun sebelum ibu meninggal. Pada masa itulah, keluarga aku menderita dan aku berkahwindengan gadis di kampung itu. Bapa pula sudah tidak gila burung lagi sebaliknya dia hanyamenjaga cucu dan menjaga ibu.Ceper kini berbau busuk kerana menjadi tempat pembuangan sampah. Airnya mengalirlesu bersama-sama sampah sarap yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam sungai itu. Aku danisteri telah tua dan kini duduk di rumah menjaga cucu. Pada masa ini, Ceper telah mati dantidak berfungsi lagi walaupun masih wujud, tidak seperti ibu yang telah tiada di dunia ini.
正在翻譯中..