Bil. 17/15
KENYATAAN MEDIA
PEMILIHAN PELATIH PROJEK PERINTIS TRANSFORMASI PROGRAM
LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN)
Projek Perintis Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan
diadakan pada 17 Oktober hingga 16 Disember 2015, di Kem PLKN Princess Haliza,
Sepang, Selangor. Pemilihan 1,600 calon pelatih yang akan ditawarkan mengikuti Projek
Perintis Transformasl PLKN adalah terdiri daripada calon—calon pelatih PLKN Kumpulan 2
dan 3 Siri 12/2015 yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran mereka setelah disemak
melalui data dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Calon—calon pelatih ini dipilih secara
rawak seluruh Malaysia mengikut nisbah kelahiran setlap negeri. Bagi memenuhi syarat
kemasukan secara sukarela, calon-calon pelatih ini ditawarkan ‘unluk menjalani Projek
Perintis Transformasi PLKN 2.00 Mereka dikehendaki memberikan maklum balas
kehadiran pada atau sebelum 30 September 2015 (Rabu). Jabatan Latihan Khidmat
Negara (JLKN) juga mengalu-alukan permohonan mengikuti Projek Perintis Transformasi
PLKN ini secara sukarela oleh mana—mana remaja yang tidak terpilih melalui kaedah di
alas. Mereka boleh memohon melalui pengisian borang sukarela yang boleh didapati di
portal rasmi JLKN dan dikemukakan secara pos di alamat Unit Sukarela, Jabatan Latihan
Khidmat Negara, Kementerian Pertahanan Malaysia, Aras 2, Bangunan Zetro, Jalan
9/27C, Seksyen 5, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur atau melalui email
sukarela@khidmatnegara.gov.my atau faks ditalian 03-4027 4333/4224.