Hubungan kita berdasarkan kepada falsafah dalam Barisan Nasional dan amalan dalam Barisan Nasional. Kita memang serasi dalam hubungan antara parti-parti komponen dalam Barisan Nasional. Kita ini merupakan satu pakatan yang berpaksi kepada realiti dan hakikat. Kita tidak bersandiwara kepada rakyat, salah satu daripada sandiwara yang besar yang dilakukan oleh pembangkang ialah bahawa sehingga ke hari ini, walaupun sudah empat tahun sudah berlalu tetapi mereka tak dapat lagi membentuk shadow cabinet dalam pembangkang walaupun mereka uar-uarkan nak wujudkan system dua parti dalam negara kita tetapi mereka gagal untuk memaparkan kepada rakyat satu cabinet bayangan. Jadi kalau dalam pembangkang lagi di peringkat nasional mereka gagal untuk berbuat demikian macam mana mereka nak ada keyakinan bahawa mereka boleh tawan Putrajaya dan mereka boleh mentadbir negara kita dengan jayanya. Soalnya bukan nak menang pilihan raya saja tapi soalnya nak mentadbir negara kita melakukan lebih baik untuk negara kita. Ini persoalan besar. Jadi kalau pengundi nak buat penilaian mereka harus sedar bahawa apa yang mereka patut hitungkan bukan siapa yang patut berada di Putrajaya tapi sebernanya siapakah yang boleh membawa negara kita, memimpin negara kita dalam tempoh lima tahun akan datang yang akan membawa lebih banyak kebaikan kepada negara kita.