melalui MBMMBI, KPM telah melaksanakan kurikulum baharu (dan semakan)bagi membantu untuk memantapkan lagi penguasaan BI dalam kalangan murid. kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dilaksanakan di Tahun 1 mulai tahun 2011 secara berperingkat-peringkat. Manakala kurikulum standard Sekolah Menengah akan dilaksanakan di tingkatan 1 mulai tahun 2017 secara berperingkat-peringkat. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi KSSR dan KSSM adalah berbentuk modular dan membolehkan penekanan yang sama diberikan untuk semua kemahiran Bahasa iaitu mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Selain daripada itu, Dokumen Standard kurikulum dan pentaksiran bagi mata pelajaran BI diterjemahkan melalui pdp berdasarkan konsep kembali kepada asas, pembelajaran yang menyeronokkan dan pdp secara trerancang. Murid juga didedahkan kepada komponen sastera kanak-kanak di sekolah rendah dan Literature in Action di sekolah menengah untuk menarik minat murid melalui elemenestetika BI