HWU turut mengukir kejayaan apabila
berjaya memenangi geran penyelidikan
buat pertama kalinya daripada
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) bernilai RM111,867.
Geran yang diperuntukkan di bawah
Program Kerjasama Penyelidikan Media
Berangkaian (NMRC) ini dianugerahkan
kepada Dr. Ke Guek Nee, Professor
Madya di Fakulti Sains Hayat HWU untuk
mengkaji masalah ketagihan internet.