Cito merupakan satu konsep pemanduan selamat yang menjadi satu rutin wajib kepada seseorang pemandu yang cekap dan berhemah. Rutin ini perlu diterapkan daripada peringkat awal belajar memandu supaya apabila telah menjadi seorang pemandu kompeten kelak, rutin ini menjadi sebati dan dilakukan setiap masa. Rutin selamat memandu atau cito adalah langkah-langkah yang perlu diamalkan sepanjang proses pemanduan sama ada untuk melepasi hazard atau melakukan olah gerak seperti mula bergerak memotong, membelok dan lain-lain. Ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat bagi mengenal pasti hazard disekeliling sebelum melakukan sebarang olah gerak. Langkah-langkah yang perlu diambil adalah seperti berikut: