Pemilihan 1,600 calon pelatih yang akan ditawarkan mengikuti Projek
Perintis Transformasi PLKN adalah terdiri daripada calon—calon pelatih PLKN Kumpulan 2
dan 3 Siri 12/2015 yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran mereka setelah disemak
melalui data dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Calon—calon pelatih ini dipilih secara
rawak seluruh Malaysia mengikut nisbah kelahiran setiap negeri. Bagi memenuhi syarat
kemasukan secara sukarela, calon-calon pelatih ini ditawarkan ‘untuk menjaiani Projek
Perintis Transformasi PLKN 2.01 Mereka dikehendaki memberikan maklum baias
kehadiran pada atau sebelum 30 September 2015 (Rabu). Jabatan Latihan Khidmat
Negara (JLKN) juga mengalu-alukan permohonan mengikuti Projek Perintis Transformasi
PLKN ini secara sukarela oleh mana—mana remaja yang tidak terpilih melalui kaedah di
atas. Mereka boleh memohon melalui pengisian borang sukarela yang boleh didapati di
portal rasmi JLKN dan dikemukakan secara pos di alamat Unit Sukarela, Jabatan Latihan
Khidmat Negara