Lumba haram merupakan satu bentuk perlumbaan bermotor yang diadakan di atas jalan raya awam tanpa kebenaran pihak berkuasa. Kegiatan ini biasanya dilakukan pada waktu tengah malam dan salah di sisi undang-undang kerana membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain dan nyawa pelumba itu sendiri. Kegiatan lumba haram ini umumnya melibatkan golongan remaja yang berlumba tanpa menghiraukan keadaan trafik dan tindakan ini amat berbahaya