(a) di mana adalah praktikal, label hendaklah disediakan atas atau bercantuman dengan peranti perubatan itu;
(b) jika ianya tak praktikal untuk menyediakan label atas atau bercantuman dengan peranti perubatan itu, label hendaklah disediakan pada pembungkus individu peranti perubatan itu;
(c) dalam hal peranti perubatan yang dibungkus bersama kerana pembungkusan secara individu adalah tidak praktikal, label hendaklah disediakan dalam bentuk risalah, sisipan pembungkus, dokumen atau media lain yang dibekalkan dengan peranti perubatan tunggal atau berbilang; dan
(d) jika berbilang peranti perubatan dibekalkan kepada seorang pengguna dan/atau lokasi tunggal atau dibungkus bersama sebagai satu bungkusan, ia mungkin bersesuaian untuk menyediakan hanya satu salinan label tetapi salinan tambahan hendaklah dibekalkan jika diminta.