Pada pagi itu sedang Shida membaca satu laporan tentang seorang penyelidik bernama Medina di Arkib,dia diminta oleh Alia pergi ke Makmal B.Satu pembedahan untuk menanam mikrocip telah dilakukan ke atasnya. Dia tidak diberitahu.Pada petang itu selepas sedar,apa yang dilakukan ke atas Farisha dilakukan pula ke atas Shida.Kali ini tindak balasnya lebih teruk lagi.Tetapi Dr.Maxi berdegil dan hanya memberhentikan ujikaji ini selepas lima minit.Ini akan menrosakkan otak seseorang.Dalam masa yang sama,Farisah dalam tidak sedar dapat berkomunikasi dengan seseorang yang dapat melihat keajaiban teknologi kerana perempuan tua yang menyuruh mereka mengekori dan berbuat sesuatu ke atas Farisha menjerit gembira dan mengatakan dia berjaya menghubungi anaknya Farisha dan dia mengaku dirinya lebih hebat daripada lelaki itu.Farid menyanggah perbuatan perempuan tua itu kerana sanggup melakukan ujikaji ke atas anaknya sendiri.Dia tidak peduli.Apa yang dia mahu adalah ingin membuktikan siapa yang benar dan yang lebih heba daripada lelaki itu.Manakala Shida tetap murung,berada di bilik Farisha ,dan tidak pulang ke rumah malam tadi.Aqram gagal menerobos mindanya dan mungkin dia juga telah menerima mikrocip WALL atau kesilapan Dr.Maxi yang tetap meneruskan ujikajinya ke atas Shida.Shida tidak mahu bercakap,makan,atau minum malah menjadi garang seperti kucing liar yang ketakutan