Pada keesokan harinya Farisha dan Rosman pembantunya menghadiri sebuah
simposium yang akan dirasmikan oleh Phillips Young, Presiden Persatuan
Penggodam Antarabangsa. Bermula daripada pendaftaran, pencetakan bahan,
sehingga mengatur kedudukan dalam simposium tersebut semua diuruskan
oleh robot. Sehinggakan Farisha berasa kecewa kerana Phillips Young
menyampaikan ucaptama beliau hanya melalui hologram sahaja. Tanpa
diduga Farisha bertemu lagi dengan Aqram. Dalam pertemuan ini Aqram
menyatakan keinginannya mencari jururunding untuk sebuah projek mini di
makmalnya. Dalam pada itu Aqram telah berjaya menerobos fikiran Farisha
menggunakan penetrator berupa sebatang pen berwarna perak. Tetapi
pendinding WALL yang dimiliki oleh Farisha dapat menangkis segala maklumat yang dikumpul dalam ingatan Aqram. Sebenarnya Aqram sudah sebulan cuba menjejaki Farisha untuk dibawa ke Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara.