Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian, berusaha untuk hidup bahagia didunia dan akhirat. Saya memilih falsafah berikut adalah kerana saya cuba belajar untuk sentiasa menginsafkan diri saya tentang kematian yang pasti berlaku disamping saya mengejar cita-cita kehidupan didalam dunia yang sementara ini. Oleh itu saya sentiasa terapkan didalam diri saya untuk berusaha setekun mungkin seolah-olah saya akan hidup seribu tahun dan sentiasa beramal dan bermuhasabah diri seolah-olah saya akan mati esok hari.