5. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun.
Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jawatankuasa 7
hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4
orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan
mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2)
daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan
perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat
6. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan
mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah
mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat
pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan
sebelum keputusan Jawatankuasa:
a. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam
surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;
b. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah
menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap itu; dan
c. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan
yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha
kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatitkan
dalam minit.
7. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali
berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah
meletakkan jawatan.
8. Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon
yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah
dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak
ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang
lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
9. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai
lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan
yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan
sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak
cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab
yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.
10. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan
memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.