sejak dekad belakangan ini, negara kita telah dilandai arus pembangunan pesat manakala rakyat pula ghairah menitis arus kecanggihan teknologi masa kini. Hal ini sememangnya amat membanggakan kita kerana negara kita sudah boleh dikatakan duduk sama rendah , berdiri sama tinggi dengan negara atas angin di seantero dunia ini. namum, kita dapati sekiranya kita lebih peka, liputan berita tentang masalah sosial dalam kalangan remaja sering menghiasi dada akhbar dan telah menjadi polemik dalam kalangan masyarakat. masalah yang semakin membarah ini telah mendapat liputan meluas dari media massa baik cetak mahupun media eletronik. oleh hal yang demikian, ada baiknya kita sama-sama berikhtiar untuk membendung masalah yang umpama di dalam sekain ini sebelum masalah ini membarah sehingga membebankan masyarakat dan negara