Pihak media boleh mengeluarkan mesej-mesej berkaitan cara mengenalpasti kualiti sesuatu makanan dan apakah hak pengguna. Apabila pengguna berasa hak mereka terampas, seperti mendapat makanan yang tidak bersih atau maklumat palsu terhadap makanan tersebut, pengguna dapat melaporkan kepada pihak berkuasa supaya mereka dapat mengambil tindakan sewajarnya.