Pada 9 Januari 1932 satu rundingan diadakan antara Asun dengan wakil kerajaan Brooke di rumah Penghulu Undu. Pihak Brooke mahu Asun menyerah diri dan akan dipenjarakan untuk jangka masa pendek tapi tawaran tersebut ditolak. Setelah rundingan gagal, sati ekspedisi dihantar untuk menghukum Asun, dikenali sebagai Ekspedisi Kanawit-Entabai. Asun mengambil langkah membakari rumah panjangnya terlebih dahulu dan menjalankan taktik serangan hendap. Pasukannya Berjaya membunuh seorang dan mencederakan lima orang pasukan ekspedisi. Selepas itu Asun dan orang-orangnya melarikan diri ke Bukit Lanjak Entimau.