saya tinggal di kawasan skudai johor bahru johor. kawasan saya tinggal dikenali sebagai kangkar pulai. kawasan yang membangun dengan kawsan perumahan dan perdagangan (kedai). nama taman saya duduk adalah bandar baru kangkar pulai. kawasan tempat tinggal berdekatan dengan universiti teknologi malaysia (UTM). dahulunya kawasan ini adalah ladang sawit yang besar dan luas. mempunyai jaringan jalan raya yang baik dan teratur. kemudahan saliran air yang baik. kemudahan pengangkutan awam yang sederhana baik kerana jadual bas selalunya bercelaru dan bertindih-tindih. kemudahan sekolah agama, menengah dan rendah yang baik. terdapat jugak sekolah aliran tamil dan cina di sini. mempunyai kepelbagaian kaum dan agama.secara amnya, kehidupan di kawasan ini adalah di dalam kategori yang aman dan bersatu. walaupun terdapat taman-taman yang banyak dan kawasan perkampungan melayu, cina dan india. kehidupan kat sini sentiasa harmoni dan kukuh di antara kaum. selain itu, kemudah balai polis, bomba, klinik kesihatan, klinik satu malaysia jugak tersedia. penduduk jugak mudah untuk mendapatkan keperluan harian yang berdekatan dan kepelbagian pilihan. perkara yang saya paling suka adalah kesepakatan antara jiran walaupun berlainan bangsa dan agama untuk menjaga keselamatan dan kemakmuran di dalam taman yang saya duduk. selain itu, pelbagai aktiviti jugak kami adakan seperti sambutan hari raya dan lain-lain lagi. perkara yang paling saya tidak sukai adalah masih lagi ada kejadian rompakan di dalam taman-taman yang berdekatan, masalah pengedaran dan penagihan dadah, masalah gejala sosial seperti budak-budak sekolah ponteng sekolah, menghisap rokok dan perkara yang berkaitan.