Perjuangan Asun nempaknya tidak bertahan lama seperti gerakan Bantin. Pada bulan Disember 1932, Asun menyerah diri kepada Pegawai Daerah, J.C.H. Barcort. Beliau dipenjarakan di Kuching untuk jangka masa pendek, Asun dibuang daerah ke Lundu. Pihak kerajaan Brooke memastikan beliau tidak menghubungi pengikut-pengikutnya lagi. Walaupun Asun menyerah diri tetapi penentangan dan pelanggaran undang-undang oleh orang Iban berterusan. Sekumpulan pemuda Iban (lebih kurang tiga puluh orang) terus bergiat dengan amalan potong kepala.Di antara wira Iban yang meneruskan penentangan termasuklah Kendawang dan saudara tirinya banyang.