Dalam entry semalam bertubi-tubi aku memberi hentaman terhadap penggunaan kad kredit dalam kehidupan kita. Tanpa ada belas aku membelasah cukup-cukup dengan menceritakan keburukan-keburukan sekiranya mengguna kad kredit tanpa memandang mahupun menjeling sedikit pun dari sudut positif. Aku cuba menyekat perbincangan semalam dengan memihak secara berlebih-lebihan dari sudut pandangan negatif.