Peristiwa makanan peribadi yang bermakna khas untuk saya adalah makan malam yang saya masak untuk isteri saya buat kali pertama. Tujuan saya memasak adalah untuk menyambut hari jadi dia yang ke-27. Sebelum memasak, saya teelah melawat beberapa laman sesawang untuk mencari recepi makanan kegemarannya. Selepas memilih resepi, saya mula membuat persediaan. Langkah pertama adalah untuk memilih bahan makanan. Saya membuat pembelian di pasaraya Tesco kerana Tesco terletak berdekatan dengan rumah saya dan harganya juga murah dan berpatutan. Selain itu, bahan bahan mentah di pasaraya Tesco juga segar. Selepas membuat pembelian, langkah kedua adalah mula memasak. Walaupun proses menyediakan bahan adalah amat memakan masa, tapi akhirnya saya berjaya menyediakan dua jenis makanan kegemaran isteri saya. Isteri saya berasa sungguh gembira dengan masakan saya walaupun tidak sesedap masakan baisa yang dibuatnya. Selepas makan, kita bedua sama sama mengemaskan meja dan mencuci pinggan. Hari itu sangat bermakna untuk saya kerana walaupun tidak berelaja banyak, tetapi usaha saya berjaya menggembirakan isteri saya.