DISEBABKAN DAPUR GAS YANG SAYA GUNAKAN ROSAK, SAYA DAN SUAMI TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MEMBELI DAPUR GAS YANG BARU DI KEDAI ELEKTRIK YANG BERNAMA PANASONIC YANG TIDAK JAUH DARI RUMAH KAMI. SETELAH SAMPAI DI KEDAI ELEKTRIK TERSEBUT, SEORANG JURUJUAL TELAH MENCADANGAKN KAMI MEMBELI KETUHAR BAGI KEGUNAAN DI DAPUR. NAMUN BEGITU, SAYA BERPENDAPAT DAPUR GAS ADALAH LEBIH FLEKSIBEL UNTUK DIGUNAKAN, SELAIN DARIPADA MEMASAK JUADAH HARIAN, SAYA JUGA BOLEH MEMASAK AIR. AKAN TETAPI JURUAL TERSEBUT TETAP BERKERAS DAN MEMUJUK KAMI UNTUK MEMBELI KETUHAR KERANA KATANYA PADA ZAMAN YANG SERBA MODEN INI, MASYARAKAT SEKARANG SUDAH JARANG MEMASAK, MEREKA HANYA MEMBELI MAKANAN DI LUAR, DAN HANYA PANASKAN MAKANAN TERSEBUT MENGGUNAKAN KETUHAR APABILA HENDAK MAKAN. WALAUPUN BEGITU, SAYA DAN SUAMI MEMPUNYAI ALASAN YANG SAMA DAN MEMILIH UNTUK MEMBELI DAPUR GAS KERANA SAYA SUKA MEMASAK DAN SAYA LEBIH SUKA KELUARGA SAYA MAKAN MASAKAN SAYA KERANA SAYA KURANG YAKIN DENGAN KEBERSIHAN MAKANAN YANG DIJUAL DI LUAR, TAMBAHAN PULA HARGA YANG MAHAL DAN TIDAK BERBALOI DENGAN MAKANAN YANG DIBELI. SAYA BERPENDAPAT MAKAN DI RUMAH ADALAH LEBIH JIMAT, LEBIH SELAMAT DAN DAPAT MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN KEKELUARGAAN ANTARA KAMI.