Doktor Uwang ternampak seorang kanak-kanak perempuan berdiri tegak, kemudian berkeliaran di halaman banglonya. Pada awalnya, dia menyangka kanak-kanak itu pembantu rumahnya yang baru tetapi dia maklum bahawa isterinya tidak mengambil pembantu rumah tanpa persetujuannya. Malahn, isterinya itu juga akur akan kehendaknya yang hanya ingin memperoleh seorang anak.
Doktor uwang mentadbir PRPK sepenuhnya setelah tanggungfjawab itu diserahkan oleh ayahnya, Datu Ontong. Semasa berada di bawah pengurusan Datu Ontong , PRPK hanya mempunyai tiga orang doktor iaitu Datu Ontong,Doktor Alex Ng dan Doktor uwang sendiri.Setelah Doktor Uwang menerajui PRPK, dia telah menambahkan serta memperindah wad-wad dan bangunan. Selain itu , peralatan canggih juga dibawa masuk. Hal itu dilakukan agar dia dapat mengenakan bayaran yang mahal kepada para pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan disitu. Doktor Uwang lebih mementingkan wang ringgit daripada tugas murni seorang doktor, iaitu memberikan rawatan terbaik kepada pesakit.
Di dalam bilik kerjanya, Doktor Raiha teringat akan peristiwa seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor menceroboh pusat rawatan itu beberapa minggu lalu. Pemuda itu tidak sempat ditangkap kerana telah melarikan diri. Namun begitu, Sebelum pergi, pemuda itu mengugut akan datang ke PRPK semula.
Ketika berjalan di bahagian hadapan pusat rawatan itu, Doktor Raiha seakan-akan ternampak seorang wanita yang merupakan dirinya sendir bersama-sama seorang kanak-kanak kurang upaya. Kanak-kanak itu terkoraban dalam kebakaran kereta mewah milik Doktor Sadiz sebelum sempat Doktor Raiha mencapai tanganya. Selepas itu, dia terbayang akan wajah bekas suaminya, Doktor Sadiz.