Undang-undang tersebut tidak boleh disamakan dengan prinsip-prinsip perlembagaan moden disebabkan nilai dan struktur masyarakat pada masa itu berbeza dengan situasi masa kini. Justeru, perlembagaan di tanah Melayu telah bermula sejak kewujudan Hukum Kanun Melaka bagi. Bahan-bahan sejarah termasuk Hukum Kanun Melaka adalah antara bukti jelas yang menunjukkan negara ini telah mempunyai sistem perlembagaan sebelum kuasa Eropah tiba di tanah Melayu (Abdul Aziz 2008). Hal ini kerana sifat dan kandungan sesebuah perlembagaan itu bergantung atau dipengaruhi oleh keperluan zamannya.