jika berkaitan, oleh sebab pengetahuan teknikal, pengalaman, pembelajaran, atau latihan pengguna yang diniatkan, peranti perubatan tidak akan menjejaskan keadaan klinikal atau keselamatan pesakit atau keselamatan dan kesihatan pengguna atau, jika berkaitan, orang lain, dengan syarat apa-apa risiko yang boleh dikaitkan dengan penggunaannya merupakan risiko yang boleh diterima apabila dibandingkan dengan faedah kepada pesakit dan selaras dengan tahap perlindungan kesihatan dan keselamatan yang tinggi. Pengurangan risiko yang dikaitkan dengan peranti perubatan
3. (1) Penyelesaian yang diambil oleh pembuat bagi reka bentuk dan pembuatan sesuatu peranti hendaklah mematuhi prinsip-prinsip keselamatan, dengan mengambil kira teknologi terkini yang diakui umum.
(2) Apabila pengurangan risiko dikehendaki, pembuat hendaklah mengawal risiko tersebut, supaya baki risiko yang berkait dengan setiap bahaya boleh dianggap diterima, mengikut prinsip-prinsip yang berikut:
(a) mengenal pasti bahaya yang diketahui atau dijangkakan dan menganggarkan risiko-risiko yang dikaitkan yang mungkin timbul daripada penggunaan yang diniatkan dan penyalahgunaan yang djangkakan;
(b) menghapuskan risiko setakat yang munasabah melalui reka bentuk dan pembuatan yang cukup selamat;
(c) mengurangkan baki risiko setakat yang munasabah yang praktik dengan mengambil langkah-langkah perlindungan yang mencukupi, termasuk penggunaan penggera;
(d) memaklumkan kepada pengguna apa-apa baki risiko.
Peranti perubatan hendaklah mencapai prestasi yang dimaksudkan oleh pembuat
4. Peranti perubatan hendaklah mencapai prestasi yang diniatkan oleh pembuat dan direka bentuk, dibuat dan dibungkus mengikut apa-apa jua cara supaya ia sesuai untuk satu atau lebih fungsi yang dinyatakan dalam skop takrif peranti perubatan.