Pada masa kebangkitan Bantin soal migrasi adalah salah satu perkara yang menjadi perbalahan antara orang Iban dengan kerajaan Brooke. Berpindah-pindah sudah menjadi tradisi orang Iban. Mereka berpindah dari kawasan Kapuas (Kalimanatan Belanda) ke Batang Lupar dan Lembah Rejang sejak abad ke-16. Pada abad ke-19, mereka sudah menjadi penduduk majority di Bahagian Kedua dan Ketiga. Dorongan utama orang Iban berpindah adalah mencari kawasan yang sesuai untuk padi huma. Bagi kerajaan Brooke amalan berpindah menimbulkan masalah kerana ini menyulitkan kawalan. Pada tahun 1926, Residen Bahagian Ketiga menentapkan peraturan migrasi. Setiap orang Iban yang hendak keluar kawasan dikehendaki mendapat pas keluar terlebih dahulu.