Moto hidup saya adalah "jadi diri sendiri". Saya merupakan seorang yang kurang keyakinan diri sewaktu di sekolah. Dahulu saya akan rasa malu untuk menyuarakan pendapat saya kerana takut dilabel bodoh dan tidak matang. Namun sekarang saya sudah berubah kerana bagi saya kenapa perlu malu apabila menjadi diri sendiri. Tatkala orang lain gelak apabila saya menyatakan pendapat, saya rasa bersuara lebih baik dari berdiam diri.