KUCHING - Program Pemukiman Pemuda BN akan dihadiri 350 anggota pergerakan itu daripada 13 parti komponen BN dan wakil daripada tiga NGO, yang diadakan di sini bermula esok sehingga 23 November.
Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi BN negeri, Tan Sri Adenan Satem akan merasmikan program itu esok.
Turut hadir Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Pemuda BN Sarawak, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Timbalan Pengerusi Pemuda BN Sarawak, Gerald Rentap Jabu berkata, program kali ketiga yang diadakan di Sarawak itu bertujuan untuk merencana gerak kerja dan dasar jangka panjang pergerakan Pemuda BN melalui pembentangan kertas kerja dan bengkel.
"Program Retreat (Pemukiman) bertemakan 'Jiwa Politik Masa Hadapan Gagasan Malaysia' ini akan membincangkan beberapa topik seperti gagasan Malaysia, dan pengukuhan perpaduan kaum terutama di Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung agar lebih memahami mengenai satu sama lain.
"Pada 22 November empat kertas kerja akan dibentangkan. Jadi kita harap di akhir program akan ada satu resolusi sebagai dasar masa hadapan Pemuda BN Malaysia," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera (PBB), di sini hari ini.
Menurutnya, majlis penutup akan diadakan pada Sabtu malam dan disempurnakan oleh Khairy dan Fadillah.
Gerald berkata, pada 23 November, hari terakhir program, peserta yang hadir akan terlibat dengan program khidmat masyarakat di tiga kampung sekitar Kuching, iaitu Kampung Gersik, Kampung Tupong Batu dan Kampung Sungai Apong. - Bernama

正在翻譯中..