Peristiwa berkaitan makanan adalah apabila saya bekerja di syarikat pembinaan ini, Kakitangan syarikat sangat baik dan bermurah hati pada setiap hari jumaat, ada dikalangan kakitangan syarikat yang sudi membelanja saya dan pekerja yang lain makan makanan yang masing-masing sukai. Makan yang saya suka seperti nasi kandar sering diberikan oleh mereka sebagai satu sambutan atau aktiviti mengeratkan hubungan antara pekerja-pekerja di sini .Kami mempunyai hubungan yang sangat baik dalam pekerjaan. Mereka sudi mengeluarkan duit poket mereka semata-mata untuk memberi sesuatu kepada saya dan pekerja lain. Kami bergilir-gilir pada setiap minggu untuk aktiviti ini supaya ia menjadi suatu yang bermakna dalam kehidupan bekerja dan menghilangkan tekanan kerja dan bebanan tugas yang dipikul oleh saya dan kakitangan berkenaan. Ia merupakann pengalanman yang bermakna bagi diri saya dan rakan-rakan sekerja. Kegembiraan bersama pihak penrurusan tertinggi juga amat baik. Mereka ibarat keluarga kedua bagi menghilangkan suka duka dalam pekerjaan yang dilalui