Teori Pilihan Rasional
Teori pilihan rasional tentang hubungan etnik:
•• Individu mempunyai matlamat dan kecenderungan yang berbeza.
•• Individu bertindak untuk memaksimumkan ganjaran material dan kedudukan sosial.
•• Tingkah laku individu merupakan fungsi sentimen peribadi dan kepercayaan terhadap kelompok sebayanya.
•• Apabila individu membuat satu pilihan untuk bertindak, tindakan pilihan yang lain akan tertutup.
•• Semasa individu bertindak ke atas pilihan tingkah laku yang dibuat,individu berkenaan akan mewujudkan ikatan sosial yang lebih eratdengan individu lain yang terlibat.
•• Apabila individu gagal memaksimumkan ganjaran yang dihajati,maka ia akan mengambil tindakan menggemblengkan kekuatan kolektif, dan dimensi yang dipilih akan menggambarkan konteks sejarah budaya masyarakat tersebut.
•• Apabila individu gagal memaksimumkan kepuasan melalui pelbagai dimensi kumpulan sosial yang wujud dalam masyarakat, ia akan berpaling kepada soal-soal keagamaan dan ketuhanan.
•• Apabila individu memilih untuk menggemblengkan kekuatan kolektif berdasarkan warisan kebudayaan, batas kumpulan bersifat terbuka.
•• Apabila individu memilih untuk menggemblengkan kekuatan kolektif berdasarkan warisan fizikal, batas kumpulan bersifat tertutup.