Pengalaman perbelanjaan dalam perlancongan paling bermakna bagi saya adalah semasa perlancongan ke Pulau Pinang semasa kali pertama saya bersama isteri saya. Sebelum pergi ke Pulau Pinang, kita telah menempah Tune Hotel di Georgetown. Kita memempah bilik di laman sesawang Tune Hotel sendiri dengan kad kredit. Tune Hotel merupakan hotel yang paling berpatutan harganya dan terletak di tempat strategik di pusat bandar Pulau Pinang. Apabila kia sampai di Tune Hotel didapati tempat letak kereta adalah snagat terhad dan kita terpaksa meletak kereta di luar kawasan hotel. Apabila kita masuk ke Tune Hotel, kita disambut dengan mesra. Bilik kita juga sangat bersih dan selesa. Untuk bilik kita, kita memilih dua katil dengan kelengkapan wifi dan penghawa dingin. Walaupun kita terpaksa membuat bayaran lebih unutk wifi dan penghawa dingin, tetapi kita rasa adalah berpatutan dengan harganya. Kelengkapan lain seperti TV dengan Astro, pemanas air adalah percuma.