ebana Ubi adalah sejenis alat muzik yang dikelaskan sebagai gendang, dan dimainkan dengan cara dipukul dengan pemalu. Rebana ubi lebih besar dari rebana biasa. Diameter rebana ubi adalah sekurang-kurangnya 70 cm dan tingginya hampir satu meter. Bergantung kepada saiznya, rebana ubi boleh digantung melintang atau diletakkan di atas lantai.
Pada masa dahulu, rebana ubi digunakan untuk tujuan komunikasi jarak jauh. Rebana ini diletakkan di atas bukit dan dimainkan mengikut rentak tertentu bergantung kepada berita yang ingin disampaikan, dari pengumuman majlis pernikahan hinggalah kepada amaran bahaya. Kini, rebana ubi hanya digunakan dalam upacara istiadat atau persembahan tertentu
Rebana Ubi Merupakan sejenis rebana bersaiz besar Rebana jenis ini biasanya dimainkan oleh penduduk kampung untuk keraian selepas menuai padi atau festival pertandingan dan juga upacara atau majlis perasmian tertentu. Rebana ubi ini dimain secara bertelingkah dan menggunakan pemukul dengan kepala berbalut kain atau getah. Rebana ubi ini dimain secara mendatar atau mengereng. (Matusky, 1985). Rebana Ubi turut dihiasi dengan pelbagai warna dan corak-corak seperti batik. Disebabkan saiz rebana tersebut besar, kualiti bunyi yang dihasilkan oleh Rebana Ubi adalah rendah, tebal dan kuat.