Kisah bermula dengan Ipin bercerita sambil melakonkan semua watak dalam cerita Si Tanggang kepada Upin, Kak Ros dan Opah. Setelah selesai bercerita, Opah bertanya kepada Ipin akan iktibar daripada cerita itu, tetapi Ipin sukar menjawab. Upin mencelah dengan jawabnya, iaitu harus mengenang jasa orang tua, dan Ipin pun "betul, betul, betul". Tambah Kak Ros, anak jangan derhaka kepada ibu bapa dan sentiasa patuh kepada pesan mereka.