Malaysia merupakan sebuah negara yang bertuah kerana mempunyai banyak tempat yang menarik. tempat-tempat ini sama ada wujud secara sernula jadi atau yang dibina oleh kerajaan boleh dikunjungi pada bila-bila masa untuk menenangkan fikiran dan beriadah bersama keluarga. Selain itu, tempat-tempat menarik ini juga menjadi daya penarik kepada para pelancong luar. Saban tahun ratusan ribu pelancong dari luar negara datang melawat ke negara kita.
Antara tempat yang menarik di Malaysia ialah kawasan-kawasan pantai yang bersih dan cantik. Kedudukan Malaysia sebagai sebuah semenanjung yang menganjur dari tanah besar Asia memberikan satu keistimewaan yang tersendiri. Malaysia dikelilingi oleh Laut Cina Selatan dan Selat Melaka di mana setiap persisiran pantai itu terdapat pantai-pantai yang sesuai untuk dikunjungi dan beriadah seperti Pantai Merdeka di Kedah, Batu Feringghi di Puala Pinang, Desaru di Pahang, Pantai Cahaya Bulan di Kelantan dan sebagainya. Pantai-pantai ini telah menjadi daya penarik kepada pelancongan domestik dan luar negara.