Saya pergi ke tempat kerja dengan kereta sendiri. Saya lebih suka memandu berbanding kenderaan awam kerana saya tidak suka untuk berebut dengan orang lain. Selain itu, kecurian juga mudah berlaku di tempat yang sesak dengan orang ramai. Masa hujan juga amat menyusahkan apabila menaiki kenderaan awam. Untuk mngelak dari terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, saya memilih syif pagi yang lebih awal: mula kerja pukul 8am.