Pelaksanaan inisiatif ini tidak melibatkan perubahan kepada struktur fi lesen memandu vokasional. Kadar fi lesen vokasional bentuk baru dikekalkan iaitu RM20.00 setahun. Ini bermakna bagi mana-mana pemegang lesen vokasional yang mempunyai lebih daripada satu jenis lesen vokasional seperti lesen PSV dan GDL, mereka akan mendapat faedah di bawah pelaksanaan inisiatif ini memandangkan kadar fi struktur baru dikekalkan sebanyak RM20 setahun berbanding RM40 setahun sebelum ini