Ahli-ahli sains mencipta pelbagai jenis alatan moden untuk kemudahan manusia. Salah satu daripada ciptaan tersebut ialah komputer. Komputer mempunyai banyak kegunaan, termasuklah untuk memudahkan dan melicinkan semua kerja. Penggunaan komputer telah memberi banyak peluang pekerjaan. Pada zamanmoden ini, banyak perusahaan yang berkaitan komputer telah diwujudkan. Perusahaan ini memerlukan banyak tenaga pekerja. Justeru, masalah pengangguran dalam kalangan siswazah yang semakin meningkat pada hari ini akan dapat diatasi. Selain itu, dengan penggunaan teknologi komputer telah digunakan dengan meluas sekali. Pelanggan dapat mengeluarkan dan memasukkan wang pada bila-bila masa dan di mana-mana sahajar dengan mudah. Kesimpulannya, komputer banyak membantu manusia. Oleh itu, kita hendaklah bijak memanfaatkan teknologi ini. Janagnlah menyalahgunakan komputer untuk melakukan perkara yang menyalahi undang-undang atau memburukkan orang lain.