Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan menyerang. Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai perang. Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir kerana tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu.
Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap risau sekiranya berlaku peperangan.Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-adiknya sambil memberi kata-kata peransang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.