Pelajar hendaklah sentiasa ingin bahawa komitmen mereka sebagai pelajar ialah belajar bersungguh-sungguh. Belajar sambil bekerja adalah digalakkan tetapi biarlah mengikut kemampuan diri pelajar itu sendiri. Janganlah pula sampai dikatakan seperti “ pipit hendak menjadi enggang” jika perkara itu berada di luar kemampuan pelajar. Pelajar mestilah sedar bahawa ilmu itu penting bagi menjamin masa hadapan yang cerah.