Barangkali, beliau tidak mahu menghabiskan masa duduk di atas kerusi empuk dalam bilik cantik dan indah berhawa dingin dengan segala kemudahan untuk mendengar laporan daripada orang kelilingnya. Barangkali juga, beliau tidak lagi mahu pengalaman lalu “yes Datuk, O.K. Datuk” berulang lagi. Ungkapan seperti itulah menyebabkan beliau hampir-hampir kalah dalam PRU-10 (1999) kawasan Parlimen Pekan, Pahang.