hihihi... kenangan paling negatif yang pernah saya tenpoh adalah hal keluarga saya. ibu dan ayah saya bercerai. saya hanya ada 3 orang adik beradik (satu emak). kehidupan kami amat susah. saya pernah sampai berputus asa untuk bersekolah lagi. tetapi berkat usaha dan nasihat mak saya. saya teruskan jugak bersekolah. saya adalah seorang yang pendiam. saya agak kurang baik dalam keputusan peperiksaan. say tidak ramai kawan dan suka menyendiri. sebelum bercerai, ayah dan ibu saya selalu bergaduh. tidak kira masa. saya dan adik-adik selalu terganggu dengan masalah ini. kami sentiasa bersedih. ayah begitu panas baran. ayah jugak bukan setakat berkahwin dengan mak. malah terdapat isteri-isteri yang lain. perkara ini menyebabkan saya lebih tertekan. namun begitu, saya tetap mengikut kata mak saya untuk terus belajar sehingga la saya diterima di sekolah vokasional berasrama penuh. di sini lah permulaan hidup saya yang lebih positif