Impian saya dari dulu adalah untuk membuat kek sendiri. Saya mengidamkan kerana harga kek sekarang sangat mahal dan kadan kala qualiti kek yang dijual tidak menepati cita rasa saya. 2-3 tahun lepas saya sanagt bertuah kerana saya ada seorang jiran baru dan dia merupakan pembuat kek di slaah satu kedai kek terkemuka. Belaiu pernah membuat kek untuk kita mencuba dan saya rasa kek yang dibuat belaiu amat sedap dan saya dengan bermuka tembok meminta beliau untuk mengajar saya. Tidak tersangka-sangka belaiu bersetuju mengajar saya membuat kek dengan sedikit sahaja bayaran berbanding dengan kelas mengajar membuat kek di luar. Saya amat berterima kasih kepada beliau sehingga ke hari ini. Proses membuat kek bukannya senang walaupun bahan-bahan yang digunakan adalah sedikit. Sebarang kesilapan dalam mana mana proses tidak kira memilih bahan bahan atau suhu akan menyebabkan kek yang dihasilkan tidak berkualiti. Selepas 3 bulan belajar, saya berjaya membuat kek keju sya yang pertama. Walaupun tidak sesedap kek di luar, tapi saya berasa amat bangga dengan diri saya