Saya suka menyanyi jadi saya akan luangkan waktu bersama-sama kawan atau keluarga sebulan sekali di pusat karoke untuk menghilangkan tekanan. Saya menjadikan ia sebagai ganjaran dalam hidup saya kerana hiburan itu memberi keseronokan kepada saya untuk melepaskan tekanan atau perasaan lain. Selain itu saya juga suka melancong atau beriadah. melancong akan melibatkan perbelanjaan yang tinggi jadi saya akan menubuhkan satu tabung untuk memberi ganjaran terhadap saya. Sebagai contoh RM10 seminggu di dalam tabung "REWARD" jadi saya akan melihat jumlah di dalam tabung itu untuk melancong ke tempat yang saya ingini. Saya juga sukakan majalah ilmiah yang memberi pedoman di dalam kehidupan. Untuk penjimatan saya akan membaca e-book online untuk mempelajari teknik saving perbelanjaan yang betul. Perbelanjaan saya akan dipotong seandainya saya malas dalam melakukan sesuatu. Sebagai contoh saya tidak bekerja pada bulan itu, saya akan ckp pada diri sendri "tiada lagi keseronokan kalau kekal begini"