Saya dan isteri amat menitik beratkan hal2 kesihatan. Dirumah kami mempunyai pelbagai makanan tambahan untuk kekal sehat disamping itu kami menghadiri kelas senaman setiap minggu. Sayuran san buah buahan boleh di perolehi di pasaraya atau pasar basah berhampiran rumah kami Kami memilih untuk peroleh sayur dan buah buahan yang segar walaupun harganya agak mahal sedikit berbanding sayur yang murah.sebab kami ingin konsisten dalam makan sayuran biarla ia mahal sedikit.kadangkala terdapat pelbagai kategori yang membezakan rasa setiap sayur dan buah buahan itu contohnya seperti sayur sawi. Ada sawi biasa harganya murah tetapi rasanya agak pahit berbanding sawi bunga atau sawi organik yang mahal sedikit kerana ia tidak mempunyai rasa pahit dan ia lembut. Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit, dan jika tidak berselera makan sayur, kekacang dan buah-buahan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari waktu makan, cara paling mudah adalah makanan tambahan atau supplement. Pilihan terkini adalah yang makanan kesihatan organik berasaskan herba. Kami sekeluarga memastikan kami mempunyai simpanan sayur sekurang kurangnya untuk satu minggu. Ini amat penting kerap memakan sayur sayuran untuk kekal sehat.