Pemerkasaan Pendidikan ke arah Kesepaduan Sosial
hasil Pembelajaran
Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat:
1. Memahami perkembangan sistem pendidikan vernakular di
Malaysia.
2. Menghayati kepentingan sistem pendidikan sebagai alat untuk
memupuk perpaduan.
3. Menilai pendidikan ke arah kesepaduan sosial.
Pengenalan
Pendidikan merupakan asas penyatuan dalam proses pembinaan negara bangsa. Berdasarkan pengalaman di negara luar seperti Perancis, Amerika Syarikat, Indonesia dan Thailand, matlamat ini dicapai menerusi pelaksanaan dasar pendidikan untuk pelbagai komuniti etnik. Walaupun penerimaannya sehingga kini mencetuskan polemik, namun dasar ini berterusan dipraktikkan.
Walaupun negara ini mempunyai Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Bahasa Kebangsaan, tetapi dari sudut praktiknya, dasar tersebut agak berbeza dengan negara berkenaan. Sistem pendidikan di negara ini berorientasikan komuniti etnik tertentu yang berkongsi kurikulum yang sama. Sistem ini disebut sebagai Sistem Pendidikan Vernakular ataupun jenis Kebangsaan. Pengekalan sistem sedemikian akan menggalakkan pemisahan kanak-kanak daripada komuniti etnik yang berbeza. Jika langkah bersepadu kurang mampu dilaksanakan, tidak mustahil matlamat kerajaan untuk memupuk kesepaduan sosial antara anggota masyarakat menerusi sistem pendidikan kebangsaan, sukar untuk dicapai sepenuhnya.
Pemerkasaan Pendidikan ke arah Kesepaduan Sosial hasil Pembelajaran Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat: 1. Memahami perkembangan sistem pendidikan vernakular di Malaysia. 2. Menghayati kepentingan sistem pendidikan sebagai alat untuk memupuk perpaduan. 3. Menilai pendidikan ke arah kesepaduan sosial. Pengenalan Pendidikan merupakan asas penyatuan dalam proses pembinaan negara bangsa. Berdasarkan pengalaman di negara luar seperti Perancis, Amerika Syarikat, Indonesia dan Thailand, matlamat ini dicapai menerusi pelaksanaan dasar pendidikan untuk pelbagai komuniti etnik. Walaupun penerimaannya sehingga kini mencetuskan polemik, namun dasar ini berterusan dipraktikkan. Walaupun negara ini mempunyai Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Bahasa Kebangsaan, tetapi dari sudut praktiknya, dasar tersebut agak berbeza dengan negara berkenaan. Sistem pendidikan di negara ini berorientasikan komuniti etnik tertentu yang berkongsi kurikulum yang sama. Sistem ini disebut sebagai Sistem Pendidikan Vernakular ataupun jenis Kebangsaan. Pengekalan sistem sedemikian akan menggalakkan pemisahan kanak-kanak daripada komuniti etnik yang berbeza. Jika langkah bersepadu kurang mampu dilaksanakan, tidak mustahil matlamat kerajaan untuk memupuk kesepaduan sosial antara anggota masyarakat menerusi sistem pendidikan kebangsaan, sukar untuk dicapai sepenuhnya.
正在翻譯中..