Sekiranya Pengendali terbabit tidak mencapai merit yang ditetapkan oleh AELB dalam tempoh 2 tahun tersebut, Pengendali yang memiliki SKM bagi NDT bidang Radiografi Industri Tahap 1 ini perlu mendapatkan SKM bagi NDT bidang Radiografi Industri Tahap 2 sebelum 1 Januari 2017 bagi membolehkan Pengendali ini kekal diiktiraf sebagai Pengendali. Sekiranya Pengendali ini gagal untuk mendapatkan SKM bagi NDT bidang Radiografi Industri Tahap 2 sebelum 1 Januari 2017, maka pengiktirafan sebagai Pengendali akan diturun taraf sebagai Pengendali Pelatih.