Undang-undang tersebut tidak boleh disamakan dengan prinsip-
prinsip perlembagaan moden disebabkan nilai dan struktur masyarakat
pada masa itu berbeza dengan situasi masa kini. Justeru, perlembagaan
di tanah Melayu telah bermula sejak kewujudan Hukum Kanun Melaka
bagi. Bahan-bahan sejarah termasuk Hukum Kanun Melaka adalah
antara bukti jelas yang menunjukkan negara ini telah mempunyai sistem perlembagaan sebelum kuasa Eropah tiba di tanah Melayu (Abdul Aziz
2008). Hal ini kerana sifat dan kandungan sesebuah perlembagaan itu
bergantung atau dipengaruhi oleh keperluan zamannya.